Thursday, August 1, 2013

Ramadhan Yang Di Kasihi

Bismillahirrahmannirahim
Assalammualaikumwarrahmatullahirwabarakatuh
24 Ramadhan
2 Ogos
Alhamdulillah, lama dah tak update blog nie. Bolehlah dikatakan sebulan. Sepanjang sebulan memang busy lah dengan assignment dan segala macam test yang memeningkan kepala. Dah Semester ke 5 ni, memang lah susah. Semester ni, hampir semua pensyarah senior yang ajar. Kali ni, dapat pensyarah yang sememangnya sporting habislah. Mungkin sebab dia orang tahu yang subjek semester ni tough, so dia orang tak nak lah ajar "ganas" sangat.. HAHAHA.. 
Tapi bukanlah pasal pensyarah nak diceritakan kat sini, itu suma just saja nak bagi "intro" cantik sikit.. HeHe. JADI, SILA ABAIKAN.. 


OK, berbalik kepada Post tertulis Besar kat atas tu.... Ramadhan Yang Di Kasihi. Hermmmmm ^^
Alhamdulillah, syukur sangat, Ramadhan kali ni aku terasa ketenangan yang tak dirasai pada tahun-tahun yang lepas. Entahlah, kalau tahun-tahun yang lepas tu, KeMalasan Tahap KeGabanan tu sangatlah terserlah. Bagi aku, aku lebih merasakan penantian Ramadhan bagaikan hati ni tak sabar-sabar dan Mood untuk Syawal tu kurang. Kenapa & Mengapa???? Aku sendiri pun tidaklah pasti. 
Tapi aku Yakin hati aku kali ni, kalau boleh tak nak Ramadhan kali ni abis cepat. Sebab aku terasa sangat cepat sampaikan semalam kat Airport nak balik My Dearest Kampung (MIRI^^), macam tak sangka dah..Kalau dikira pun hari ni kiranya 24 Ramadhan dah. Tinggal 6 hari je lagi.
Jadi beramai-ramailah kita beribadah & buatlah amalan banyak2 selagi berkesempatan ni. :')
Sampai sini jelah nukilan kali ni, hehehehe 

*Aiseh Nukilan pun boleh^^ hahaha
*Gambar kat bawah with Classmates gila2 time kelas Ekonomi Malaysia ^^ 

 : Si kaler putih namanya Eqa,
   Si kaler biru namanya Nabili,
   Bila berjumpa mcm-mcm cerita,
   Bila ketawa konfim nampak Gigi^^
*Pantun Express namanya tu.. kehkehkeh.. Adios!!!^^