Tuesday, November 26, 2013

: Semester 6, Here I Come.. ^^

: Hari ini 27 November 2013...
WAAA... aku pun dah masuk balit ke UiTM.. Untuk kali ini, aku dah masuk semester ke 6 yang jugak bermaksud aku berada di semester terakhir. Sedar tak sedar hampir 2 tahun lebih dah aku belajar kat Kota Samarahan ini. Kalau dikenang balik, macam-macam dugaan, kenangan dan memori yang tercipta.. hehehehe.. Macam lagu Shila Amzah tak? ^^
Azam untuk Semester Terakhir kali ini, mestilah nak yang terbaik. Kalau boleh, teringin sangat nak Dekan. Jelly, juga tengok orang gembira dapat gpa terbaik dia orang. cuma mungkin bukan rezeki aku lagi. Insyaallah, kena usaha lebihlah gayanya. Nak buat mak & bapak bangga dan yang paling penting bahagia.

Selama 2 tahun lebih ini, pengalaman yang aku tempuhi taklah seteruk mana tapi ada halangan-halangan yang kadang-kadang mungkin ramai orang gelarkan ia sebagai ujian atau cubaan malahan juga mungkin satu balasan. Betullah time cikgu aku cakap dulu, zaman universiti baru kita nampak perangai seseorang itu bagaimana. ^^
Mungkin disebabkan mulut aku yang agak ringan, bolehlah dikatakan aku kenal ramai juga warga-warga kat sini. Tak kiralah senior ataupun junior. Daripada situlah kita tahu personalti seseorang itu macam mana. Ada yang suka ambik kesempatan, ada yang memang baik hati, ada juga yang tikam belakang dan tak kurang juga yang Busybody. Walaupun perangai ada yang ok dan kureng, ingat kita nak berkawan bukan sebab kelebihan dia sebab dia boleh bawa kita ke arah yang lebih baik. Kalau yang banyak kelemahannya, terima seadanya. Dia orang tetap manusia cuma ada kelemahan masing-masing. aku pun macam itu, bukan sempurna.

First class yang aku attend hari ini, memang meriah. Masing-masing rindu antara satu sama lain. Iyelah, dah 6 sem bersama, perangai pun dah tahu. Soalan pertama, macam mana cuti lah, sihat lah, masih takda pakwe lah. OPPPSSS.. hahahaha.. 2 tahun lebih menyingle, sebab nak fokus ke study. Jawapan selamat aku lah tu.. hahahaha.. Hakikatnya, aku masih lagi takut. Biarlah, jodoh di tangan Allah swt, qada qadar ketentuannya. Satu hari nanti, terbuka juga hati aku ini. Insyallah. ^^ Melalut pula ke situ kan.. hahahaha.


Semalam, aku ada terbaca tweet seseorang ini, dan aku suka sangat dengat tweet dia. Tweet tu macam bagi aku semangat untuk terus ke hadapan walau apa pun berlaku.

 "JANGAN DIRENUNG LETIHNYA USAHA,TAPI RENUNGLAH MANISNYA KEJAYAAN"

Gambar ini,aku snap2 time kat dalam flight semalam. Subhanallah cantik sangat. Dapat juga tengok real warna laut 2 tone.
Satu biru tua, Satu lagi biru muda. Amazing view yang tak mampu diungkap macam mana.


Oklah. stop by here. Ada masa update lagi. macamlah ada yang bacakan^^. Tak kisahlah, yang penting ini luahan hati aku.

Assalammualaikum ^^

Friday, November 8, 2013

: Sebulan Berlalu Begitu Sahaja

: Hari ini 9 November 2013
Ini bermakna sebulan jugaklah aku memerap kat rumah bercuti.. hehehe.. Berat badan pun dah naik.
Yelah, dekat rumah, aku online twitter, FB, Instagram, Wechat, dan sewaktu dengannya lah. Pendek kata Masa memang aku buangkan kat dunia maya ini.. hahahaha.
Sebagai salah seorang peminat K-pop juga, aku memang layan habis semua drama korea, Master Sun lah, The Heirs lah, That winter the wind blows lah, Pendek kata Masa memang aku buangkan kat dunia korea. hahaha

Sebenarnya cuti ini, aku ada plan nak cuti. Tapi akibat perangai aku yang suka menangguh-nangguh ini, aku jadilah penganggur separuh masa di rumah selain menjadi PA mak aku kat rumah^^.. hehehe. Nak dijadikan  cerita juga, result aku pun dah keluar. Alhamdulillah, semuanya lulus sahaja. walau aku harap sangat nak dekan. Mungkin bukan rezeki aku kot semester ini, jadi aku kenalah berusaha lebih untuk semester depan iaitu semester terakhir aku...Waaa seram lak aku jadi senior semester depan.. hahaha

Apa lagi aku nak cakap ek, haaaaaa....
Time Piala Malaysia 2013 hari tu, memang pergh best^^.. Aku konfirmlah peminat tegar NGAP SAYOT!! Encang Sarawak Encang^^.. Walaupun just masuk semi final je, takpe.. aku tetap bersyukur sebab sarawak di antara negeri yang dah lama tak tunjukkan belangnya. Congrats untuk Pahang sebab Juara hari tu. Sebagai peminat bola, mustahillah aku xda apa-apa sebagai kenangan kan..^^ so, disebabkan itu, aku ada ambiklah gambar yang kureng tapi bersemangat waja. AHAHA

Ni namanya semangat Ngap Sayot, gmbr diambik sewaktu Semi Final Sarawak vs Pahang ^^

Baiklah, aku rasa setakat ini jelah mampu aku tulis. Sebenarnya, tujuan utama aku menulis hari ini pun sebab aku BOSAN!!! ^^ hehehe..

Assalammualaikum ^^