Tuesday, December 31, 2013

Last Day 2013 ^^

: 31 Disember 2013, Jam 10:39

Tup tap tup tap tup tap.. Dah hari terakhir untuk tahun 2013.. Waaaa!! Sepanjang tahun ini, biasalah ada suka dan duka yang kita tempuh^^. Dan untuk tahun ini juga, aku kembali aktif kat blog^^. Sepanjang tahun 2013, macam- macam pengalaman yang aku peroleh, dan sememangnya aku akui ianya sangat mematangkan aku.  Setiap perkara membuat aku sedar yang sememangnya putaran roda dunia akan tetap kembali kepada kita walau bagaimana keadaan sekalipun. Eh, macam puitis sangatlah pulak... AHAKSS..

Aku tahu tiada siapa baca blog aku ni, lebih-lebih lagi aku tiada INTERESTING post pun. Hehehe.. Tapi bukanlah tujuan nak Famous ke or Terkenal ke. Bagi aku , blog tempat nak luahkan perasaan. Bukan nak cari keuntungan atau apa-apalah.. Facebook, Twitter, Instagram semua aku sengaja publickan tapi untuk blog aku tak nak uar-uarkan sangat sebab aku akan malu sangat sangat sangat kalau-kalau ada geng-geng baca blog ni^^.. Nanti semua konfim nak ejekkan aku^^ hahahaha..

Oklah, memandangkan ini adalah hari terakhir untuk 2013, nak kongsikan moment yang aku happy^^
Gambar time bahagia^^ & diet sikit hehehe

Gathering dengan Family^^ The Best Moment in my life ^^

Memandangkan korang sendiri nampak Pakaian lautan Biru^^ Nie Time AidilFitri hari tu^^ Mak memang suka sangat sedondon-dondon nie^^


This is my friends^^ hanya ni je gambar geng-geng dalam laptop, semua ada kat handphone. Malas pulak rasanya nak transfer^^ takpelah.. Yan penting ini antara manusia-manusia yang mengembirakan tahun 2013 aku^^
Opppppssss!! Hahaha.. Shhhhh.. siapa kenal jangan bising^^ Just describe him as my crush ok^^. Obviously, he don't know about I am into him^^ Hanya suka dari jauh tak lebih atau tak kurang dari itu ek^^ hahaha

Walau apa-apa pun^^ Selamat Tahun Baru 2014!!^^  Ingat, ambilah segala kebaikan 2013 dan bawakan ke 2014 tapi tinggalkan yang keruh itu di 2013 dan buatlah azam baru 2014.^^ 

Azam tahun baru aku?????
Biarlah aku seorang je yang tahu ek^^


Assalammualaikumwarahmatullahirwabaruhkatuh^^

Bye-Bye 2013, Welcome 2014^^



Thursday, December 12, 2013

: Bila Airmata Gugur :')

: 12 Disember 2013, Jam 11:20 PM

Hari ini, memang aku rasa penat,kecewa,sedih dan kesal SANGAT SANGAT SANGAT.
As you guys tengok tajuk aku pun, dah sedih. Sudah 3 minggu aku start kuliah. Jadi, banyak juga assignment2 yang perlu dibuat. Adatlah sebagai Mahasiswi mustahillah tak belajar dan assignment dah ada.
Macam tiada kaitan dengan tajuk kat atas tu. Ini aku nak cerita.

Selama 6 semester aku belajar, tak pernah pun kos atau fakulti kita orang buat lawatan ke mana-mana negeri. Nak keluar pun macam-macam lah alasan yang diberi oleh PIHAK ATASAN (aku sengaja bagi caption Capslock sebab geram). Bukan kita orang tak buat proposal, dah memang lengkap tapi ditolak sebab kos lah, takde bajetlah. Habis tu! setiap semester aku kena bayar RM50 untuk Tabung pelajar takkan tak boleh. (Sabar duhai hati -..-)

Dipendekkan cerita, untuk semester ke2 dulu, kelas kitaorang pernah buat satu lawatan yang khas untuk aktiviti kokurikulum pelajar, aku merupakan setiausaha kelas dan kerja yang memang sakit gilerlah buat. Bukan apa, semua kerja aku buat sampaikan kerja bendahari pun aku buat. Sampaikan aktiviti berjaya, aku buatkan juga. Yang penting markah dan juga berjaya. TAPI yang bestnya, orang lain dapat nama. Mahu tak sedih aku, penat lelah tapi orang yang KAKI BODEK pula dapat markah kokurikulum tinggi. Sejak daripada tu, aku sengaja bagi orang buat merasakan. Tak nak masuk campur lagi, sebab aku buat pun orang takkan pandang.

Cuma, bak kata pepatah, hidup bagaikan roda, untuk semester 6 ni, aku ada ambik satu subjek yang digelar TPT250 (siapa budak uitm akan tahu), kita orang kena buat field trip ke mana2 negeri untuk mendalami sistem pengangkutanlah. Sekali lagi, dilantik jadi setiausaha, tapi takpelah sebab markah ada kaitan dengan subjek, aku fikir Rugi aku tak buat. Alangkah malangnya, nasib teruk tu ada lagi. Kali ini, aku siap bersengkang mata 2 hari nak siapkan proposal, tapi PIHAK yang sepatutnya tengok boleh tolak mentah-mentah tanpa tengok pun. Gara-gara kelas lain buat proposal untuk subjek yang sama buat proposal yang entah apa-apa. siap PIHAK tu, boleh sindir dan berlalu macam tu je.

Hati mana tak kecewa, bagai nak rak buat sampaikan tak cukup tidur, aku hanya cakap sempat cakap "Cik, saya nak berjumpa cik untuk bincang proposal yang saya nak hantar daripada kelas ....." terus boleh balas "Lagi, korang tahu tak, kita takde bajet....." dan bla bla bla lagilah lepas tu PIHAK tu boleh sindir bagai. Kecewa tahap gaban lah. Lagi-lagi Pihak tu boleh dikatakan sangat terpelajar tetapi bercakap bagai tiada otak. Mungkin bila dah belajar tinggi-tinggi ni, BUDI BAHASA dan KATA-KATA SOPAN tak diajar KOT!!!
Sedangkan proposal ini, kena siap dalam minggu ini, MAKNANYA esok lah last day hantar. Pening macam mana nak settle.

Idea??!! rasa dah tak tahu mana lagi nak keluar, cut kos dah bagai. Tapi mungkin nak kitaorang belanja seringgit sorang. itulah dyeorang nak kot. Takpelah, aku cuba fikir yang semua ada hikmah. cuma perlu bersabar dan bertawakal.

Doakan yang terbaik untuk aku ok.
*Lega dapat luah dekat sini, walau aku tahu takkan ada orang baca. So, I keep grinding and always remember that not everyone becomes successful on the first try.



Semua kata-kata pemberi semangat balik^^..


Tuesday, November 26, 2013

: Semester 6, Here I Come.. ^^

: Hari ini 27 November 2013...
WAAA... aku pun dah masuk balit ke UiTM.. Untuk kali ini, aku dah masuk semester ke 6 yang jugak bermaksud aku berada di semester terakhir. Sedar tak sedar hampir 2 tahun lebih dah aku belajar kat Kota Samarahan ini. Kalau dikenang balik, macam-macam dugaan, kenangan dan memori yang tercipta.. hehehehe.. Macam lagu Shila Amzah tak? ^^
Azam untuk Semester Terakhir kali ini, mestilah nak yang terbaik. Kalau boleh, teringin sangat nak Dekan. Jelly, juga tengok orang gembira dapat gpa terbaik dia orang. cuma mungkin bukan rezeki aku lagi. Insyaallah, kena usaha lebihlah gayanya. Nak buat mak & bapak bangga dan yang paling penting bahagia.

Selama 2 tahun lebih ini, pengalaman yang aku tempuhi taklah seteruk mana tapi ada halangan-halangan yang kadang-kadang mungkin ramai orang gelarkan ia sebagai ujian atau cubaan malahan juga mungkin satu balasan. Betullah time cikgu aku cakap dulu, zaman universiti baru kita nampak perangai seseorang itu bagaimana. ^^
Mungkin disebabkan mulut aku yang agak ringan, bolehlah dikatakan aku kenal ramai juga warga-warga kat sini. Tak kiralah senior ataupun junior. Daripada situlah kita tahu personalti seseorang itu macam mana. Ada yang suka ambik kesempatan, ada yang memang baik hati, ada juga yang tikam belakang dan tak kurang juga yang Busybody. Walaupun perangai ada yang ok dan kureng, ingat kita nak berkawan bukan sebab kelebihan dia sebab dia boleh bawa kita ke arah yang lebih baik. Kalau yang banyak kelemahannya, terima seadanya. Dia orang tetap manusia cuma ada kelemahan masing-masing. aku pun macam itu, bukan sempurna.

First class yang aku attend hari ini, memang meriah. Masing-masing rindu antara satu sama lain. Iyelah, dah 6 sem bersama, perangai pun dah tahu. Soalan pertama, macam mana cuti lah, sihat lah, masih takda pakwe lah. OPPPSSS.. hahahaha.. 2 tahun lebih menyingle, sebab nak fokus ke study. Jawapan selamat aku lah tu.. hahahaha.. Hakikatnya, aku masih lagi takut. Biarlah, jodoh di tangan Allah swt, qada qadar ketentuannya. Satu hari nanti, terbuka juga hati aku ini. Insyallah. ^^ Melalut pula ke situ kan.. hahahaha.


Semalam, aku ada terbaca tweet seseorang ini, dan aku suka sangat dengat tweet dia. Tweet tu macam bagi aku semangat untuk terus ke hadapan walau apa pun berlaku.

 "JANGAN DIRENUNG LETIHNYA USAHA,TAPI RENUNGLAH MANISNYA KEJAYAAN"

Gambar ini,aku snap2 time kat dalam flight semalam. Subhanallah cantik sangat. Dapat juga tengok real warna laut 2 tone.
Satu biru tua, Satu lagi biru muda. Amazing view yang tak mampu diungkap macam mana.


Oklah. stop by here. Ada masa update lagi. macamlah ada yang bacakan^^. Tak kisahlah, yang penting ini luahan hati aku.

Assalammualaikum ^^

Friday, November 8, 2013

: Sebulan Berlalu Begitu Sahaja

: Hari ini 9 November 2013
Ini bermakna sebulan jugaklah aku memerap kat rumah bercuti.. hehehe.. Berat badan pun dah naik.
Yelah, dekat rumah, aku online twitter, FB, Instagram, Wechat, dan sewaktu dengannya lah. Pendek kata Masa memang aku buangkan kat dunia maya ini.. hahahaha.
Sebagai salah seorang peminat K-pop juga, aku memang layan habis semua drama korea, Master Sun lah, The Heirs lah, That winter the wind blows lah, Pendek kata Masa memang aku buangkan kat dunia korea. hahaha

Sebenarnya cuti ini, aku ada plan nak cuti. Tapi akibat perangai aku yang suka menangguh-nangguh ini, aku jadilah penganggur separuh masa di rumah selain menjadi PA mak aku kat rumah^^.. hehehe. Nak dijadikan  cerita juga, result aku pun dah keluar. Alhamdulillah, semuanya lulus sahaja. walau aku harap sangat nak dekan. Mungkin bukan rezeki aku kot semester ini, jadi aku kenalah berusaha lebih untuk semester depan iaitu semester terakhir aku...Waaa seram lak aku jadi senior semester depan.. hahaha

Apa lagi aku nak cakap ek, haaaaaa....
Time Piala Malaysia 2013 hari tu, memang pergh best^^.. Aku konfirmlah peminat tegar NGAP SAYOT!! Encang Sarawak Encang^^.. Walaupun just masuk semi final je, takpe.. aku tetap bersyukur sebab sarawak di antara negeri yang dah lama tak tunjukkan belangnya. Congrats untuk Pahang sebab Juara hari tu. Sebagai peminat bola, mustahillah aku xda apa-apa sebagai kenangan kan..^^ so, disebabkan itu, aku ada ambiklah gambar yang kureng tapi bersemangat waja. AHAHA

Ni namanya semangat Ngap Sayot, gmbr diambik sewaktu Semi Final Sarawak vs Pahang ^^

Baiklah, aku rasa setakat ini jelah mampu aku tulis. Sebenarnya, tujuan utama aku menulis hari ini pun sebab aku BOSAN!!! ^^ hehehe..

Assalammualaikum ^^

Saturday, October 12, 2013

Dunia Baru aku yang Tercipta

Tepat 8 Oktober 2013, Pukul 12 tengahari, Paper Investment penanda penamat nya semester 5 untuk aku..^^.. Tapi aku barulah dapat update tepat pukul 9:58 malam pada 12 Oktober. hahaha.
 Alhamdulillah, semester 5 ni, berlalu dengan  penuh kesabaran. Banyak dugaan baik assignment ataupun orang sekeliling. Betul cakap orang, apabila kita di "Menara Gading" ni, banyak yang perlu kita tempuh. Kita perlu berdikari dan cuba menyesuaikan diri dalam apa keadaan sekali pun. Kadang-kadang walau kita tak pasti, keputusan sememangnya di tangan kita. Nak atau Tak, akibat selepas itu baru dapat dirasai. Aku perlu tempuh satu lagi semester. Insyallah, akan habislah diploma in business studies aku. Amin

Cakap pasal "Menara Gading", waktu tingkatan 3 kot, tak ingat sangat, tapi yang pasti satu cerita remaja yang jadi fenomena ketika itu kat TV3, Drama dan Filem "Dunia Baru"  Memang Best GILER!!^^ sebab aku minat... hahahaha.. Waktu itu, macam tak percaya je, kalau masuk universiti memang wujud situasi atau keadaan macam tu tapi bila dah lalui, YES!! 100% memang macam tu cuma taklah sebijik sangat. Tapi bolehlah dikatakan mahasiswa atau mahasiwi majoriti macam tu. Aku tak cakap aku tak tergolong sebaliknya aku lalui jugak. Mungkin itulah dinamakan roda kehidupan. Semua manusia menghadapi hidup masing-masing mengikut yang ditetapkan olehnya cuma kita manusia yang bermacam wataknya melalui dengan pelbagai cara.

Macam aku, alkisah hidup yang aku sendiri rasakan macam drama novel. kalaulah dibukukan mungkin boleh jual kot.. AHAHAHA (perasan lebih). Okay, daripada mengarut berbalik ke drama "Dunia Baru". aku paling ingat watak kepoh dilakonkan oleh Anne Ngasri yang mengingatkan aku kat seorang kawan aku yang memang kepoh macam dia jugak. Kalau apa-apa kompom dia lah yang paling kelam dan kabut nya. Suara dia memang sebatu boleh dengar. Walau macam tu, dia seorang yang memahami dan sebab dia lah aku banyak berubah ke arah kebaikan. Semester depan kita orang dah tak leh jumpa dah, sebab dia praktikal. huhuhu.. sedih sangat sebab tak tahu bila lagi dapat jumpa. Iyelah aku ni sarawakian dan kawan aku tu perakian^^ hahaha sory Orang perak, perbetulkan balik.  Dan kenangan bersama takkan aku lupa^^. Dah lah, tak jumpa time last day aku. huhuhu. So, teringin nak bagitahu kat dia.

Kepada dearest besties, Siti Syazwani, aku sentiasa doakan kau agar berjaya dunia dan akhirat. Sepanjang 2 tahun lebih ni, kalau ada terkasar atau terguris hati kat kau. Aku minta maaf sangat2. Tapi trust me, you will be listed as one of my precious person that came into my life. ^^Insyallah, Best Friend Forever till Jannah.
Oklah sampai sini, aku boleh menaip. Esok aku update lagi KOT^^ hahaha^^ Assalammualaikum.
*Gambar kat bawah with dearest WANI^^ yang tak silap diambik waktu semester 3 dan my favorites drama and film.

kenangan kat Kem Youth at Lundu Sarawak. Nice memories has created there.

Gambar ni bukan hak milik aku, just copy. Minta ampun tau, Just nak tunjuk this is one of my favorite drama and film^^ Dunia baru^^







Thursday, August 1, 2013

Ramadhan Yang Di Kasihi

Bismillahirrahmannirahim
Assalammualaikumwarrahmatullahirwabarakatuh
24 Ramadhan
2 Ogos
Alhamdulillah, lama dah tak update blog nie. Bolehlah dikatakan sebulan. Sepanjang sebulan memang busy lah dengan assignment dan segala macam test yang memeningkan kepala. Dah Semester ke 5 ni, memang lah susah. Semester ni, hampir semua pensyarah senior yang ajar. Kali ni, dapat pensyarah yang sememangnya sporting habislah. Mungkin sebab dia orang tahu yang subjek semester ni tough, so dia orang tak nak lah ajar "ganas" sangat.. HAHAHA.. 
Tapi bukanlah pasal pensyarah nak diceritakan kat sini, itu suma just saja nak bagi "intro" cantik sikit.. HeHe. JADI, SILA ABAIKAN.. 


OK, berbalik kepada Post tertulis Besar kat atas tu.... Ramadhan Yang Di Kasihi. Hermmmmm ^^
Alhamdulillah, syukur sangat, Ramadhan kali ni aku terasa ketenangan yang tak dirasai pada tahun-tahun yang lepas. Entahlah, kalau tahun-tahun yang lepas tu, KeMalasan Tahap KeGabanan tu sangatlah terserlah. Bagi aku, aku lebih merasakan penantian Ramadhan bagaikan hati ni tak sabar-sabar dan Mood untuk Syawal tu kurang. Kenapa & Mengapa???? Aku sendiri pun tidaklah pasti. 
Tapi aku Yakin hati aku kali ni, kalau boleh tak nak Ramadhan kali ni abis cepat. Sebab aku terasa sangat cepat sampaikan semalam kat Airport nak balik My Dearest Kampung (MIRI^^), macam tak sangka dah..Kalau dikira pun hari ni kiranya 24 Ramadhan dah. Tinggal 6 hari je lagi.
Jadi beramai-ramailah kita beribadah & buatlah amalan banyak2 selagi berkesempatan ni. :')
Sampai sini jelah nukilan kali ni, hehehehe 

*Aiseh Nukilan pun boleh^^ hahaha
*Gambar kat bawah with Classmates gila2 time kelas Ekonomi Malaysia ^^ 

 : Si kaler putih namanya Eqa,
   Si kaler biru namanya Nabili,
   Bila berjumpa mcm-mcm cerita,
   Bila ketawa konfim nampak Gigi^^
*Pantun Express namanya tu.. kehkehkeh.. Adios!!!^^






Saturday, July 6, 2013

Fieda Fiqa: New Side Of Me

Fieda Fiqa: New Side Of Me: Bismillahirrahmannirahim Assalammualaikumwarrahmatullahirwabarakatuh 6 Julai 2013 Alhamdulillah, memang dah lama tak update blog sinc...