Saturday, October 12, 2013

Dunia Baru aku yang Tercipta

Tepat 8 Oktober 2013, Pukul 12 tengahari, Paper Investment penanda penamat nya semester 5 untuk aku..^^.. Tapi aku barulah dapat update tepat pukul 9:58 malam pada 12 Oktober. hahaha.
 Alhamdulillah, semester 5 ni, berlalu dengan  penuh kesabaran. Banyak dugaan baik assignment ataupun orang sekeliling. Betul cakap orang, apabila kita di "Menara Gading" ni, banyak yang perlu kita tempuh. Kita perlu berdikari dan cuba menyesuaikan diri dalam apa keadaan sekali pun. Kadang-kadang walau kita tak pasti, keputusan sememangnya di tangan kita. Nak atau Tak, akibat selepas itu baru dapat dirasai. Aku perlu tempuh satu lagi semester. Insyallah, akan habislah diploma in business studies aku. Amin

Cakap pasal "Menara Gading", waktu tingkatan 3 kot, tak ingat sangat, tapi yang pasti satu cerita remaja yang jadi fenomena ketika itu kat TV3, Drama dan Filem "Dunia Baru"  Memang Best GILER!!^^ sebab aku minat... hahahaha.. Waktu itu, macam tak percaya je, kalau masuk universiti memang wujud situasi atau keadaan macam tu tapi bila dah lalui, YES!! 100% memang macam tu cuma taklah sebijik sangat. Tapi bolehlah dikatakan mahasiswa atau mahasiwi majoriti macam tu. Aku tak cakap aku tak tergolong sebaliknya aku lalui jugak. Mungkin itulah dinamakan roda kehidupan. Semua manusia menghadapi hidup masing-masing mengikut yang ditetapkan olehnya cuma kita manusia yang bermacam wataknya melalui dengan pelbagai cara.

Macam aku, alkisah hidup yang aku sendiri rasakan macam drama novel. kalaulah dibukukan mungkin boleh jual kot.. AHAHAHA (perasan lebih). Okay, daripada mengarut berbalik ke drama "Dunia Baru". aku paling ingat watak kepoh dilakonkan oleh Anne Ngasri yang mengingatkan aku kat seorang kawan aku yang memang kepoh macam dia jugak. Kalau apa-apa kompom dia lah yang paling kelam dan kabut nya. Suara dia memang sebatu boleh dengar. Walau macam tu, dia seorang yang memahami dan sebab dia lah aku banyak berubah ke arah kebaikan. Semester depan kita orang dah tak leh jumpa dah, sebab dia praktikal. huhuhu.. sedih sangat sebab tak tahu bila lagi dapat jumpa. Iyelah aku ni sarawakian dan kawan aku tu perakian^^ hahaha sory Orang perak, perbetulkan balik.  Dan kenangan bersama takkan aku lupa^^. Dah lah, tak jumpa time last day aku. huhuhu. So, teringin nak bagitahu kat dia.

Kepada dearest besties, Siti Syazwani, aku sentiasa doakan kau agar berjaya dunia dan akhirat. Sepanjang 2 tahun lebih ni, kalau ada terkasar atau terguris hati kat kau. Aku minta maaf sangat2. Tapi trust me, you will be listed as one of my precious person that came into my life. ^^Insyallah, Best Friend Forever till Jannah.
Oklah sampai sini, aku boleh menaip. Esok aku update lagi KOT^^ hahaha^^ Assalammualaikum.
*Gambar kat bawah with dearest WANI^^ yang tak silap diambik waktu semester 3 dan my favorites drama and film.

kenangan kat Kem Youth at Lundu Sarawak. Nice memories has created there.

Gambar ni bukan hak milik aku, just copy. Minta ampun tau, Just nak tunjuk this is one of my favorite drama and film^^ Dunia baru^^