Tuesday, November 26, 2013

: Semester 6, Here I Come.. ^^

: Hari ini 27 November 2013...
WAAA... aku pun dah masuk balit ke UiTM.. Untuk kali ini, aku dah masuk semester ke 6 yang jugak bermaksud aku berada di semester terakhir. Sedar tak sedar hampir 2 tahun lebih dah aku belajar kat Kota Samarahan ini. Kalau dikenang balik, macam-macam dugaan, kenangan dan memori yang tercipta.. hehehehe.. Macam lagu Shila Amzah tak? ^^
Azam untuk Semester Terakhir kali ini, mestilah nak yang terbaik. Kalau boleh, teringin sangat nak Dekan. Jelly, juga tengok orang gembira dapat gpa terbaik dia orang. cuma mungkin bukan rezeki aku lagi. Insyaallah, kena usaha lebihlah gayanya. Nak buat mak & bapak bangga dan yang paling penting bahagia.

Selama 2 tahun lebih ini, pengalaman yang aku tempuhi taklah seteruk mana tapi ada halangan-halangan yang kadang-kadang mungkin ramai orang gelarkan ia sebagai ujian atau cubaan malahan juga mungkin satu balasan. Betullah time cikgu aku cakap dulu, zaman universiti baru kita nampak perangai seseorang itu bagaimana. ^^
Mungkin disebabkan mulut aku yang agak ringan, bolehlah dikatakan aku kenal ramai juga warga-warga kat sini. Tak kiralah senior ataupun junior. Daripada situlah kita tahu personalti seseorang itu macam mana. Ada yang suka ambik kesempatan, ada yang memang baik hati, ada juga yang tikam belakang dan tak kurang juga yang Busybody. Walaupun perangai ada yang ok dan kureng, ingat kita nak berkawan bukan sebab kelebihan dia sebab dia boleh bawa kita ke arah yang lebih baik. Kalau yang banyak kelemahannya, terima seadanya. Dia orang tetap manusia cuma ada kelemahan masing-masing. aku pun macam itu, bukan sempurna.

First class yang aku attend hari ini, memang meriah. Masing-masing rindu antara satu sama lain. Iyelah, dah 6 sem bersama, perangai pun dah tahu. Soalan pertama, macam mana cuti lah, sihat lah, masih takda pakwe lah. OPPPSSS.. hahahaha.. 2 tahun lebih menyingle, sebab nak fokus ke study. Jawapan selamat aku lah tu.. hahahaha.. Hakikatnya, aku masih lagi takut. Biarlah, jodoh di tangan Allah swt, qada qadar ketentuannya. Satu hari nanti, terbuka juga hati aku ini. Insyallah. ^^ Melalut pula ke situ kan.. hahahaha.


Semalam, aku ada terbaca tweet seseorang ini, dan aku suka sangat dengat tweet dia. Tweet tu macam bagi aku semangat untuk terus ke hadapan walau apa pun berlaku.

 "JANGAN DIRENUNG LETIHNYA USAHA,TAPI RENUNGLAH MANISNYA KEJAYAAN"

Gambar ini,aku snap2 time kat dalam flight semalam. Subhanallah cantik sangat. Dapat juga tengok real warna laut 2 tone.
Satu biru tua, Satu lagi biru muda. Amazing view yang tak mampu diungkap macam mana.


Oklah. stop by here. Ada masa update lagi. macamlah ada yang bacakan^^. Tak kisahlah, yang penting ini luahan hati aku.

Assalammualaikum ^^

No comments:

Post a Comment