Thursday, December 12, 2013

: Bila Airmata Gugur :')

: 12 Disember 2013, Jam 11:20 PM

Hari ini, memang aku rasa penat,kecewa,sedih dan kesal SANGAT SANGAT SANGAT.
As you guys tengok tajuk aku pun, dah sedih. Sudah 3 minggu aku start kuliah. Jadi, banyak juga assignment2 yang perlu dibuat. Adatlah sebagai Mahasiswi mustahillah tak belajar dan assignment dah ada.
Macam tiada kaitan dengan tajuk kat atas tu. Ini aku nak cerita.

Selama 6 semester aku belajar, tak pernah pun kos atau fakulti kita orang buat lawatan ke mana-mana negeri. Nak keluar pun macam-macam lah alasan yang diberi oleh PIHAK ATASAN (aku sengaja bagi caption Capslock sebab geram). Bukan kita orang tak buat proposal, dah memang lengkap tapi ditolak sebab kos lah, takde bajetlah. Habis tu! setiap semester aku kena bayar RM50 untuk Tabung pelajar takkan tak boleh. (Sabar duhai hati -..-)

Dipendekkan cerita, untuk semester ke2 dulu, kelas kitaorang pernah buat satu lawatan yang khas untuk aktiviti kokurikulum pelajar, aku merupakan setiausaha kelas dan kerja yang memang sakit gilerlah buat. Bukan apa, semua kerja aku buat sampaikan kerja bendahari pun aku buat. Sampaikan aktiviti berjaya, aku buatkan juga. Yang penting markah dan juga berjaya. TAPI yang bestnya, orang lain dapat nama. Mahu tak sedih aku, penat lelah tapi orang yang KAKI BODEK pula dapat markah kokurikulum tinggi. Sejak daripada tu, aku sengaja bagi orang buat merasakan. Tak nak masuk campur lagi, sebab aku buat pun orang takkan pandang.

Cuma, bak kata pepatah, hidup bagaikan roda, untuk semester 6 ni, aku ada ambik satu subjek yang digelar TPT250 (siapa budak uitm akan tahu), kita orang kena buat field trip ke mana2 negeri untuk mendalami sistem pengangkutanlah. Sekali lagi, dilantik jadi setiausaha, tapi takpelah sebab markah ada kaitan dengan subjek, aku fikir Rugi aku tak buat. Alangkah malangnya, nasib teruk tu ada lagi. Kali ini, aku siap bersengkang mata 2 hari nak siapkan proposal, tapi PIHAK yang sepatutnya tengok boleh tolak mentah-mentah tanpa tengok pun. Gara-gara kelas lain buat proposal untuk subjek yang sama buat proposal yang entah apa-apa. siap PIHAK tu, boleh sindir dan berlalu macam tu je.

Hati mana tak kecewa, bagai nak rak buat sampaikan tak cukup tidur, aku hanya cakap sempat cakap "Cik, saya nak berjumpa cik untuk bincang proposal yang saya nak hantar daripada kelas ....." terus boleh balas "Lagi, korang tahu tak, kita takde bajet....." dan bla bla bla lagilah lepas tu PIHAK tu boleh sindir bagai. Kecewa tahap gaban lah. Lagi-lagi Pihak tu boleh dikatakan sangat terpelajar tetapi bercakap bagai tiada otak. Mungkin bila dah belajar tinggi-tinggi ni, BUDI BAHASA dan KATA-KATA SOPAN tak diajar KOT!!!
Sedangkan proposal ini, kena siap dalam minggu ini, MAKNANYA esok lah last day hantar. Pening macam mana nak settle.

Idea??!! rasa dah tak tahu mana lagi nak keluar, cut kos dah bagai. Tapi mungkin nak kitaorang belanja seringgit sorang. itulah dyeorang nak kot. Takpelah, aku cuba fikir yang semua ada hikmah. cuma perlu bersabar dan bertawakal.

Doakan yang terbaik untuk aku ok.
*Lega dapat luah dekat sini, walau aku tahu takkan ada orang baca. So, I keep grinding and always remember that not everyone becomes successful on the first try.



Semua kata-kata pemberi semangat balik^^..


No comments:

Post a Comment